SYAIR

SYAIR

SYAIR

SYAIR
SYAIR

Definisi

Syair ialah jenis puisi melayu lama yang berangkap dan setiap rangkapnya mengandung 4 baris ayat yang kesemuanya membawa makna isi dan maksud. Keempat-empat baris itu pula berirama sama.
Syair sering membawa makna isi yang berhubung dengan kias ibarat. Sindiran , nasihat, pengajaran, agama dan juga berasakan sejarah atau dongeng.

Ciri-ciri bentuk Syair

a. Merupakan puisi terikat.
b. Rangkap : jumlah baris serangkap tetap iaitu 4 baris. Setiap baris dalam rangkap merupakan idea atau maksud atau isi cerita syair itu. Ini bermakna syair tidak mempunyai pembayang seperti pantun. Cerita dalam setiap baris dalam serangkap itu perlu bersambungan dari satu rangkap ke satu rangkap untuk membawa kesatuan yang lengkap bagi keseluruhan syair tersebut
c. Perkataan : bilangan perkataan sebaris tetap iaitu 4-5 perkataan sebaris
d. Sukukata : Bilangan sukukata sebaris juga tetap iaitu antara 8-12 sukukata dalam sebaris
e. Rima: Rima akhir dalam serangkap juga tetap iaitu a/a/a/a

Jenis Syair

Berdasarkan pokok centanya, syair boleh dibahagikan kedalam empat jenis, iaitu:—
1. Syair Romantik (a) yang berpokokkan cerita Jawa Panji, (b) yang tidak berpokokkan Jawa.
2. Syair Sejarah (atau Syair Tawarikh)
3. Syair Ibarat (yang membawa kiasan dan sindiran)
4. Syair Keagamaan (yang bercorak keagamaan, dan membicarakan soal moral)
Syair Romantik yang berpokokkan cerita Jawa Panji
Syair, romantik yang berpokokkan cerita Jawa kebanyakannya berpusat di atas cerita Panji atau disador dari cerita Panji. Syair ini ialah saperti Syair Ken Tambuhan yang amat terkenal dikalangan orang Jawa dan juga seluruh alam Melayu. Syair lain yang dimasukkan ke dalam golongan ini ialah Syair Lelakon Misa Kumintar, Syair Panji Semirang, Syair Damar Wulan dan ada lagi syair-syair cerita wayang yang lain.
Syair Romantik yang berpokokkan Jawai.
Syair romantik yang tidak berpokokkan kapada cerita-cerita Panji dan amat disukai umumialah Syair Bidasari, Syair Yatim Mustafa, Syair Selendang Delima (atau Seri Bunian), Syair Abdul Muluk, Syair Sultan Yahaya (atau Saudagar Budiman), Syair Siti Zuhrah, Syair Tajul Muluk, dan Syair Harith Fazillah.
Syair-syair ini banyak memperlihatkan pengaruh India dan Parsi. Banyak daripada syair-syair ini menceritakan kisah pengembaraan anak raja atau raja, raja diusir dari negeri, watak geruda, nenek kebayan, penyeksaan dan penderitaan, dan penyamaran sebagai lelaki sebelum wataknya mendapat kebahagiaan. Banyak pula di antara syair-syair, ini mempunyai pelbagai versi.

Baca Juga: